Tahun berikutnya, iaitu tahun 2016 merupakan tahun yang paling bertuah bagi aku daripada segi travel.
Keputusan untuk pergi mendaki ABC merupakan satu keputusan yang agak gila pernah dibuat. Hal ini disebabkan aku tiada langsung pengalaman hiking di negara luar apatah lagi sejuk. Tiket dah pun dibeli. Aku serahkan segalanya kat DIA je. Alhamdulilah, team aku semua berjaya sampai puncak walaupun ada beberapa yang cedera. Pada pemulaanya, aku langsung tidak mengenali ahli team tetapi apabila dah 14 hari duduk bersama kami bagaikan satu family pula. I learn a lot from this trip. Pengalaman yang aku dapat masa nak daki tu memang tak boleh nak gambarkan macamana. Masih segar lagi kat ingatan, betapa aku menggigil kesejukan pada malam ke-3. Moments paling indah bila kami semua nangis bila sampai kat puncak. One word. Alhamduliah.
0 Comments
Ini merupakan gunung kedua dan yang tertinggi pernah aku daki. Orang kata peluang yang datang jangan dilepaskan. Benda ni terjadi lepas ada peserta yang tarik diri. Then aku dapat offer untuk ganti tempat peserta tersebut.
Peristiwa yang aku tak boleh lupa bila member kau sendiri 2 kali pengsan semasa proses mendaki. Masa pendakian tu, memang mintak je kat Allah yang aku sempat sampai puncak. Alhamduliah, aku berjaya sampai. Malangnya, sehari selepas kami turun daripada gunung tersebut, berlakunya gempa bumi yang terburuk setakat ini. Ramai pendaki mati. Ada antara mereka yang sempat kami bertegur sapa semasa berselisih. gegaran tersebut masih aku rasakan sehingga sekarang. Alhamdulilah. Allah bagi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi ini. Allahuakbar. Inilah gunung pertama yang aku daki.
Pada permulaanya, aku tidak terlintas yang aku akan menjadi hiker suatu hari nanti. Kisah ni bermula di IPG dimana kelab rekreasi mengadakan satu aktiviti lasak. Mendaki gunung bujang merupakan salah satu daripada aktiviti tersebut. Alhamdulilah aku sampai naik ke puncak. Muka kepenatan dan keletihan memang terpancar la kat semua peserta ni. Nasihat kami sebelum mendaki, sila training terlebih dahulu. Orait, sampai sini dulu. |